AKSI Kane (kanan) ketika bertemu Rennes. FOTO AFP
AKSI Kane (kanan) ketika bertemu Rennes. FOTO AFP
Agensi

London: Nuno Espirito Santo berkata beliau sama sekali tidak akan mempertimbangkan untuk menukar Harry Kane dengan bintang Chelsea, Romelu Lukaku.

Pengurus Tottenham itu berkata: "Saya tidak memikirkan pilihan itu kerana ia adalah sesuatu yang saya tidak fikirkan.

"Bagi saya ia tidak masuk akal. Harry adalah seorang pemain yang hebat."

Nuno memuji kemampuan dan sikap Kane selepas kapten England itu gagal untuk berhijrah ke Manchester City pada jendela perpindahan pemain lalu.

"Saya kagum dengan kualiti dan bakat yang ada padanya. Saya rasa dia masih mampu memperbaikinya.

"Kami dalam proses untuk mencari tahap kecergasan terbaik. Tetapi tahap dedikasinya sangat besar. "

Lukaku sudah meledak tiga gol selepas tiga perlawanan manakala Kane masih kemarau jaringan.

Penyerang Son Heung-min, pertahanan Eric Dier dan pemain tengah, Ryan Sessegnon kesemuanya mengalami kecederaan dan tidak dapat beraksi pada perlawanan bertemu Chelsea esok.

Steven Bergwijn dan Lucas Moura juga masih belum pasti dapat diturunkan selepas berdepan kecederan ketika seri 2-2 dengan Rennes pada saingan Liga Konfederasi Europa.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 18 September 2021 @ 8:54 AM