HENDERSON (kiri) muncul wira selepas meledak gol kemenangan Liverpool. FOTO EPA
HENDERSON (kiri) muncul wira selepas meledak gol kemenangan Liverpool. FOTO EPA
AFP

Liverpool: Rembatan cantik Jordan Henderson membolehkan Liverpool melakukan kebangkitan sekali lagi ketika berdepan AC Milan selepas mencatat kemenangan 3-2 di Anfield bagi permulaan cemerlang Liga Juara-Juara (UCL) musim ini.

The Reds mengimbau kembali kebangkitan selepas ketinggalan 3-0 untuk menumpaskan gergasi Itali itu menerusi penentuan penalti dalam perlawanan akhir UCL 2005 di Istanbul namun kali ini tugas mereka dilihat lebih muda untuk memalukan anak buah Stefano Pioli yang kembali ke pentas tertinggi peringkat Eropah.

Milan yang juga juara tujuh kali, beraksi dalam perlawanan pertama UCL selepas tujuh tahun dan diberikan layanan buruk sebaik kembali ke kejohanan ini namun dua minit sebelum rehat mereka memberi ancaman mampu untuk mengejutkan Liverpool.

Gol sendiri Fikayo Tomori memberikan ganjaran buat pasukan tuan rumah hasil daripada penguasaan di awal perlawanan tatkala Mike Maignan bertindak cemerlang menyelamatkan sepakan penalti Mohamed Salah.

Bagaimanapun, jaringan Ante Rebic dan Brahim Diaz memberi petanda bahawa peluang masih terbuka buat kedua-dua pasukan.

Salah berjaya menyamakan kedudukan sebelum rembatan Henderson 21 minit sebelum perlawanan tamat mengesahkan kemenangan tuan rumah.

"Ia adalah aksi yang sangat menakjubkan. Sangat menarik, begitu menghiburkan di mana 10 hingga 15 minit kami seperti hilang arah," kata jurulatih Liverpool.

Keputusan seri tanpa jaringan antara Atletico Madrid dan Porta bermakna Liverpool mengakhiri aksi pagi tadi dengan menduduki tangga teratas Kumpulan B.

Dengan Klopp menyatakan bahawa kemenangan itu adalah sangat penting tatkala mereka diundi dalam kumpulan yang sukar.

"Milan hadir dari balang empat kumpulan ini, itulah kualiti yang ada pada kumpulan ini. Kami perlu meraih setiap mata dalam kumpulan ini untuk mara," kata pengendali kelahiran Jerman itu.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 16 September 2021 @ 9:24 AM