Jordan Henderson (kiri) meraikan jaringan bersama rakan sepasukan di Liverpool. FOTO Agensi
Jordan Henderson (kiri) meraikan jaringan bersama rakan sepasukan di Liverpool. FOTO Agensi
Agensi

London: Kapten Liverpool, Jordan Henderson menandatangani kontrak baharu yang menyaksikan dia kekal di kelab itu sehingga 2025.

Pemain tengah England berusia 31 tahun itu melakukan 394 penampilan dalam sedekad bersama kelab itu dan mempunyai baki kontrak dua tahun dari perjanjian asal.

Henderson adalah pemain terkini dari Liverpool yang memenangi kejuaraan Liga Perdana dan Liga Juara-Juara, termasuk Fabinho dan Andy Robertson menandatangani kontrak baharu.

"Untuk meneruskan pengembaraan ini adalah menakjubkan buat saya," kata Henderson.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 31 Ogos 2021 @ 5:15 PM