Penyerang Argentina, Joaquin Correa. FOTO Agensi
Penyerang Argentina, Joaquin Correa. FOTO Agensi
AFP

Milan: Penyerang Argentina, Joaquin Correa hari ini menandatangani perjanjian bersama Inter Milan dari Lazio ketika juara Itali itu meneruskan usaha memantapkan pasukan selepas kehilangan dua bintang utama mereka musim panas ini.

Dalam kenyataan yang dihantar pemegang saham Itali, Lazio berkata Correa menyertai semula bekas jurulatihnya Simone Inzaghi menerusi pinjaman semusim bernilai lima juta euro serta satu juta bagi tambahan lain serta secara automatik mengubah penjualan secara tetap bagi 25 juta euro.

Pemain berusia 27 tahun itu tampil sebagai pemain gantian tiga kali di Copa America bersama Argentina yang menjulang kejuaraan musim ini. Dia dilaporkan menandatangani kontrak lima tahun bersama Inter, yang belum mendedahkan butiran perjanjian.

Dia beraksi tiga musim di bawah kendalian Inzaghi di Lazio, menjaringkan 30 gol dalam semua kejohanan.

Dia memenangi Piala Itali dan Piala Super Itali pada 2019.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 26 Ogos 2021 @ 10:27 PM