Penyerang Tottenham Hotspur, Harry Kane. FOTO AFP
Penyerang Tottenham Hotspur, Harry Kane. FOTO AFP
AFP

London: Harry Kane mengumumkan hari ini dia akan kekal di Tottenham musim ini, sekali gus menamatkan spekulasi mengenai masa depannya ketika minat ditunjukkan Manchester City terhadap kapten England itu.

Kane sebelum ini memaklumkan keinginannya untuk meninggalkan kelab yang diminati sejak zaman kanak-kanaknya itu dalam usaha menamatkan penantian pemburuan trofi pertama dalam kariernya.

Bagaimanapun, pemain berusia 28 tahun itu sangat dialu-alukan kembali oleh penyokong Tottenham ketika dia melakukan penampilan pertama musim ini sebagai pemain gantian selepas pasukan itu mencatat kemenangan 1-0 di Wolves, minggu lalu.

"Ia amat menakjubkan untuk melihat penerimaan penyokong Spurs dan membaca beberapa pesanan dari penyokong sepanjang minggu lalu," tulisnya di Twitter.

"Saya akan terus kekal di Tottenham musim panas ini dan akan memberi tumpuan 100% untuk membantu pasukan mencapai kejayaan."

Kane adalah antara penjaring kedua terbanyak dalam sejarah Tottenham dengan 221 gol, hanya 45 di belakang rekod yang dipegang Jimmy Graves.

Namun rekod peledak prolifik pemain itu gagal membantu kelab utara London menamatkan penantian 13 tahun untuk trofi kejuaraan.

Kane masih mempunyai baki kontrak tiga tahun bersama Spurs daripada kontrak enam tahun yang ditandatangani pada 2018.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 25 Ogos 2021 @ 9:28 PM