Aksi Kimmich (kiri) dalam saingan Bundesliga. FOTO AFP
Aksi Kimmich (kiri) dalam saingan Bundesliga. FOTO AFP
AFP

Frankfurt: Pemain kebangsaan Jerman, Joshua Kimmich menandatangani kontrak lanjutan untuk kekal di Bayern Munich hingga 2025, umum kelab itu, hari ini.

Kimmich pemain versatil beraksi di bahagian pertahanan dan tengah masih mempunyai kontrak bersama juara Jerman itu hingga 2023.

"Kami gembira bahawa Joshua Kimmich akan kekal di Munich! Joshua menjelaskan keseluruhannya bersama FC Bayern," catat Pengarah Sukan kelab itu, Oliver Khan di Twitter.

Gergasi Bavarian itu berhasrat mengekalkan Kimmich, yang menjadi salah seorang pemain tengah terbaik Eropah sejak ditandatangani dari pencabar Bundesliga, RB Leipzig pada 2015.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 23 Ogos 2021 @ 8:00 PM