ISMAIL Sabri Yaakob menyapa pihak media selepas Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia sebagai Perdana Menteri di Istana Negara hari ini. FOTO Bernama
ISMAIL Sabri Yaakob menyapa pihak media selepas Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia sebagai Perdana Menteri di Istana Negara hari ini. FOTO Bernama
Firdaus Hashim


Kuala Lumpur: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob atas pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia kesembilan hari ini.

Menerusi satu kenyataan media di laman rasmi badan induk itu, FAM turut berharap agar sukan bola sepak terus diangkat sebagai agenda utama Kerajaan Persekutuan di bawah kepimpinan Ismail Sabri.

"Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata bersama Ahli-ahli Jawatankuasa Eksekutif serta kakitangan FAM mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Ismail Sabri atas pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia kesembilan.

"Semoga industri sukan negara termasuk bola sepak turut akan diangkat sebagai salah satu agenda penting dalam pentadbiran Kerajaan Persekutuan di bawah kepimpinan Datuk Seri yang sebelum ini pernah juga memegang jawatan sebagai Menteri Belia dan Sukan pada 2008 dan 2009."

Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Angkat Sumpah Jawatan sebagai Perdana Menteri diadakan di Istana Negara, hari ini di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 21 Ogos 2021 @ 6:24 PM