Pemain Man City meraikan kejayaan menjaringkan gol dalam aksi Liga Perdana Inggeris. FOTO Agensi
Pemain Man City meraikan kejayaan menjaringkan gol dalam aksi Liga Perdana Inggeris. FOTO Agensi
Agensi

London: Empat kelab dalam kelompok lima teratas bagi pasukan paling bernilai di dunia milik wakil Liga Perdana Inggeris (EPL).

Kelab Inggeris juga menguasai hampir separuh senarai 10 teratas.

Paris Saint-Germain berada di tempat ketiga sekali gus menjadi kelab yang memecah penguasaan kelab Inggeris di kelompok teratas selepas menandatangani pemenang enam kali anugerah Ballon d'Or, Lionel Messi.

Manchester City berada di kedudukan nombor satu dalam senarai, hanya selepas menyenaraikan pasukan paling mahal dalam sejarah termasuk pemain yang baru ditandatangani Jack Grealish ketika tewas 0-1 kepada Spurs, minggu lalu.

Kesebelasan City dengan nilai gabungan £530 juta (RM3.09 bilion) - dengan pemain simpanan bernilai lebih £300 juta (RM1.75 bilion).

Secara keseluruhan mengikut Transfermarkt, nilai skuad itu di pasaran mencecah £955.6 juta (RM5.57 bilion).

Di tempat kedua juara Liga Juara-Juara, Chelsea memecah rekod menandatangani Romelu Lukaku. Pasukan kendalian Thomas Tuchel dengan nilai £898.2 juta (RM5.24 bilion).

PSG di tempat ketiga £894.4 juta (RM5.21 bilion) - selepas berjaya membawa masuk Messi, Sergio Ramos, Gianluigi Donnarumma, Achraf Hakimi dan Georginio Wijnaldum.

Manchester United, diperkuatkan dengan kehadiran Raphael Varane dan Jadon Sancho pada musim panas ini £835.4 juta (RM4.87 bilion) sementara Liverpool yang hanya menandatangani Ibrahima Konate tahun ini £814 juta (RM4.87 bilion).

Gergasi Jerman, Bayern Munich yang menampilkan Dayot Upamecano, Omar Richards dan Sven Ulreich pada musim ini di tempat keenam dengan £736.7 juta (RM4.29 bilion).

Sementara gergasi Sepanyol, Real Madrid £700 juta (RM4.08 bilion) manakala Barcelona yang kehilangan bintang mereka Messi di tempat kelapan £694.5 juta (RM4.05 bilion).

Atletico Madrid yang memenangi kejuaraan La Liga musim lalu di tempat kesembilan £656.5 juta (RM3.82 bilion) dan Tottenham Hotspur yang dibimbing Nuno Espirito Santo musim ini £633.6 juta (RM3.69 bilion).

Bagaimanapun menurut laman web itu tiada pasukan Itali tersenarai kelompok 10 teratas - termasuk Juventus yang memiliki Cristiano Ronaldo.

Sementara Arsenal berada di tempat ke-16, satu tangga di bawah Leicester City yang hanya dua tangga mengatasi Everton.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 18 Ogos 2021 @ 11:02 AM