Penyerang Perancis dan PSG, Kylian Mbappe. FOTO AFP
Penyerang Perancis dan PSG, Kylian Mbappe. FOTO AFP
Agensi

Madrid: Real Madrid dilaporkan masih menaruh harapan untuk menandatangani bintang Paris Saint-Germain, Kylian Mbappe pada musim panas ini.

Bekas penyerang Monaco dijadualkan akan menjadi pemain bebas dalam masa 12 bulan lagi, dan PSG berhasrat menyambung kontrak pemain kebangsaan Perancis itu.

Walau begitupun, dengan gergasi Ligue 1 akan menandatangani Lionel Messi bagi perjanjian dua tahun, Mauricio Pochettino mahu bersikap lebih optimis mengenai peluang kelabnya mengekal Mbappe.

Bagaimanapun, AS melaporkan PSG tidak dapat menampung Messi, Neymar dan Mbappe dalam satu pasukan berikutan faktor kewangan dan Real Madrid dijangka bersedia untuk mengambil peluang itu.

Laporan menyatakan Los Blancos sudahpun mempunyai dana £100 juta selepas melakukan beberapa perpindahan sementara beberapa pemain berpotensi untuk dijual seperti Martin Odegaard dan Luka Jovic menyaksikan mereka mempunyai modal cukup untuk memiliki Mbappe.

Penyerang berusia 22 tahun itu meledak 132 gol dalam 172 perlawanan di PSG dan mencipta gerakan untuk jaringan kemenangan oleh Mauro Icardi ketika berdepan Troyes dalam aksi pembukaan Ligue 1, Sabtu lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 10 Ogos 2021 @ 10:40 PM