Jurulatih Switzerland, Murat Yakin memegang jersi kebangsaan pasukan negara itu pada sidang media. FOTO EPA
Jurulatih Switzerland, Murat Yakin memegang jersi kebangsaan pasukan negara itu pada sidang media. FOTO EPA
AFP

Geneva: Murat Yakin hari ini dilantik sebagai bos baharu skuad bola sepak kebangsaan Switzerland, dengan sasaran mencapai kejayaan gemilang selepas aksi mengagumkan sehingga mara ke suku akhir Euro 2020.

Yakin, 46, mengambil alih daripada Vladimir Petkovic, yang meletak jawatan untuk membimbing pasukan Ligue 1 Perancis, Bordeaux.

Yakin yang membuat 49 penampilan bersama Switzerland meninggalkan jawatannya sebagai jurulatih kelab bahagian dua Switzerland, Schaffhausen.

"Murat Yakin adalah jurulatih baru skuad ini," umum Persatuan Bolasepak Swiss (SFA).

"Selamat kembali, Murat!"

Kontrak Yakin sah sehingga berakhirnya kelayakan Piala Dunia 2022 di Qatar, dengan pilihan lanjutan.

"Skuad kebangsaan adalah sebahagian daripada jiwa saya sebagai pemain. Saya sangat bangga dan berbesar hati untuk mewakili negara sebagai jurulatih," katanya.

"Saya tidak meragui kami mampu layak ke Piala Dunia bersandarkan pasukan yang hebat dan kami akan berusaha mempamerkan prestasi cemerlang pada masa akan datang."

Petkovic membimbing pasukan kebangsaan Swiss sejak 2014.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 9 Ogos 2021 @ 9:51 PM