KANE dijangka kembali menyambung latihan bersama Spurs minggu ini. FOTO AFP
KANE dijangka kembali menyambung latihan bersama Spurs minggu ini. FOTO AFP
AFP

London: Harry Kane sekali lagi gagal menghadiri latihan bersama Tottenham Hotspur namun ketua pasukan England itu dijangka kembali ke pangkuan kelab minggu ini walaupun berdepan desas-desus ke Manchester City dengan nilai ang tinggi.

Kane dijangka kembali ke pusat latihan Tottenham semalam untuk ujian Covid-19 dan penilaian kecergasan selepas tiga minggu bercuti sebaik saja berakhir Euro 2020 namun dia tidak muncul dan pemain itu juga tidak hadir hari ini.

Kane dikatakan mempercayai bahawa keadaan sekarang tidak begitu menyenangkan, dengan Spurs sudah dikatakan mengetahui mengenai rancangannya.

Tottenham pula yang kebetulan akan berdepan City untuk aksi awal musim, namun mereka enggan memberi sebarang komen mengenai ketiadaan Kane.

Kane tampil membuat kenyataan terbuka mengenai niatnya untuk meninggalkan Tottenham selepas akhir musim lalu namun dia juga mengambil langkah berdiam diri minggu ini.

Dia semakin kecewa dengan kegagalan kelab memenangi trofi utama sejak 2008, dengan kekecewaan terakhir hadir ketika tumpas dalam perlawanan akhir Piala Liga musim lalu menentang City.

Pengurus baru Tottenham, Nuno Espirito Santo dilaporkan memberi jaminan Kane tidak akan dijual semasa perbincangan sebelum beliau mengambil alih tugas.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 3 Ogos 2021 @ 9:36 PM