Bintang Aston Villa, Jack Grealish. FOTO Agensi
Bintang Aston Villa, Jack Grealish. FOTO Agensi
Agensi

London: Aston Villa mengalu-alukan kehadiran semula Jack Grealish dalam sesi latihan mereka sekali gus menafikan dakwaan yang membelenggu pemain itu dengan perpindahan ke Manchester City.

Pemain berusia 25 tahun itu menikmati cuti tambahan daripada persediaan pasukan susulan kejayaan di Euro 2020 bersama England, dengan laporan menyatakan pemain itu menarik minat tinggi daripada juara Liga Perdana Inggeris berkenaan.

Villa dilaporkan bersedia menerima bidaan £100 juta (RM587.1 juta) daripada City untuk Grealish - yang pastinya mencatat antara rekod perpindahan di Britain - tetapi penyerang itu dilaporkan menjalani latihan bersama kelab itu hari ini buat masa ini.

Klip video dikongsi oleh Villa menerusi Twitter menunjukkan penyerang itu menyertai sesi latihan pemanas badan bersama beberapa pemain skuad utama Villa, sekalipun dia sepatutnya mengadakan perbincangan bersama pengurusan Villa mengenai masa depannya.

Skuad kendalian Dean Smith difahamkan berusaha memujuk Grealish untuk kekal dengan menawarkan kontrak bayaran gaji £200,000 (RM1.2 juta) mingguan.

Tetapi City menjangka pemain kebangsaan England itu akan memohon perpindahan tumpuan bersama Villa.

Ketika Grealish menjalani latihan pagi ini, Harry Kane pula dilaporkan gagal muncul di kompleks Tottenham Hotspur bagi sesi ujian pra musim.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 2 Ogos 2021 @ 9:55 PM