Penyerang Brazil, Malcom Filipe (Dua kanan) berdepan asakan pemain Ivory Coast dalam aksi bola sepak Olimpik di Yokohama. FOTO AFP
Penyerang Brazil, Malcom Filipe (Dua kanan) berdepan asakan pemain Ivory Coast dalam aksi bola sepak Olimpik di Yokohama. FOTO AFP
AFP

Tokyo: Penyandang juara Brazil terikat tanpa jaringan menentang Ivory Coast dalam acara bola sepak lelaki Olimpik manakala hatrik Andre-Pierre Gignac menghidupkan peluang Perancis ketika menewaskan Afrika Selatan, 4-3.

Brazil yang memenangi pingat emas buat pertama kali lima tahun lalu di laman sendiri dekat Rio, mungkin boleh layak ke peringkat kalah mati lebih awal di Yokohama tetapi dinafikan oleh aksi kental Ivory Coast.

Lebih memburukkan keadaan lagi mereka terpaksa bermain dengan 10 pemain lebih dari satu jam selepas pemain tengah Aston Villa, Douglas Luiz dilayangkan kad merah kerana mengasari Youssouf Dao.

Brazil mendahului Kumpulan D dengan perbezaan jaringan menjelang perlawanan akhir mereka berdepan Arab Saudi, yang tewas 3-2 kepada Jerman untuk tersingkir dari kejohanan itu.

Gol Felix Uduokhai pada minit ke-75 memberi Jerman kemenangan penting.

Jerman mengintai peluang memenangi pingat emas acara lelaki buat pertama kali, akan mara ke pusingan seterusnya jika mencatat kemenangan ke atas Ivory Coast.

Keputusan Bola Sepak Lelaki Olimpik:

Kumpulan A

Di Saitama

Perancis 4 (Gignac 57, 78, 86, Savanier 90+2) Afrika Selatan 3 (Kodisang 53, Makgopa 72, Mokoena 81)

Jepun 2 (Kubo 6, Doan 11) Mexico 1 (Alvarado 85)

Kumpulan B

Di Kashima

New Zealand 2 (Cacace 10, Wood 49) Honduras 3 (Palma 45+1, Obregon 78, Rivas 87)

Romania 0 Korea Selatan 4 (Marin 27-og, Lee Dong-gyeong 59, Lee Kang-in 84, 90)

Kumpulan C

di Sapporo

Mesir 0 Argentina 1 (Medina 52)

Australia 0 Sepanyol 1 (Oyarzabal 81)

Kumpulan D

di Yokohama

Brazil 0 Ivory Coast 0

Arab Saudi 2 (Al Najei 30, 50) Jerman 3 (Amiri 11, Ache 43, Uduokhai 75)

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 25 Julai 2021 @ 11:10 PM