WIJNALDUM ketika beraksi bersama Liverpool. FOTO Agensi
WIJNALDUM ketika beraksi bersama Liverpool. FOTO Agensi
AFP

London: Georginio Wijnaldum berkata kritikan di media sosial adalah punca utama dia meninggalkan Liverpool sambil menerangkan berasa 'tidak disayangi lagi' daripada konteks penyokong kelab terhadapnya.

Wijnaldum yang menandatangani kontrak bersama Paris Saint-Germain (PSG), menyertai Liverpool pada 2016 daripada Newcastle United.

Selepas melakukan lebih 200 penampilan serta menjulang trofi Liga Perdana dan Liga Juara-Juara, dia mengucapkan selamat tinggal kepada Liverpool hujung musim lalu.

Wijnaldum memberitahu The Times: "Setiap hari di sesi latihan dan perlawanan saya memberikan segala-galanya.

"Liverpool amat bermakna kepada saya. Terdapat detik saya berasa tidak disayangi dan dihargai di sana.

"Bukan kerana rakan sepasukan atau pun mereka yang berada di Melwood (pusat latihan Liverpool). Saya tahu mereka menyayangi saya, begitu juga saya menyayangi mereka.

"Ia bukan faktor dalaman tetapi faktor luaran.

Dia menambah: "Terdapat detik di mana saya tidak rasa disayangi. Sejak dua musim lalu, saya merasainya beberapa kali.

"Penyokong di stadium dan penyokong di media sosial adalah dua perkara berbeza. Di stadium boleh dikatakan tiada yang buruk mengenai mereka yang sentiasa menyokong saya.

"Di media sosial, jika kami tewas, saya antara yang dipersalahkan dengan mendakwa saya mahu meninggalkan kelab.

"Kadang-kadang saya terfikir kalaulah mereka tahu betapa saya bekerja keras untuk kekal cergas dan mahu beraksi dalam setiap perlawanan."

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 25 Julai 2021 @ 7:54 AM