Grujic sertai Reds dari Red Star Belgrade pada Januari 2016. FOTO Agensi
Grujic sertai Reds dari Red Star Belgrade pada Januari 2016. FOTO Agensi
Agensi

London: Liverpool bersedia menjual pemain tengah Serbia, Marko Grujic ke Porto dengan nilai £10.5 juta (RM60.6 juta) dan penyerang Nigeria, Taiwo Awoniyi ke Union Berlin £6.5 juta (RM37.5 juta).

Grujic, 25, dipinjamkan ke Porto musim lalu, melakukan 28 penampilan liga dan lapan perlawanan dalam saingan Liga Juara-Juara bagi kelab itu.

Awoniyi, 23, pula meledak lima gol dalam 22 perlawanan ketika dipinjamkan ke kelab Bundesliga Jerman, Union Berlin musim lalu.

Liverpool mempertimbangkan pengurangan 10% mengikut klausa bagi kedua-dua perjanjian.

Grujic menjadi pemain pertama yang ditandatangani pengurus Reds, Jurgen Klopp di kelab itu apabila menyertai dari Red Star Belgrade pada Januari 2016.

Dia melakukan 16 penampilan untuk Liverpool, selain turut dipinjamkan ke Cardiff City, Hertha Berlin dan Porto.

Awoniyi, yang menyertai Liverpool pada Ogos 2015, tidak pernah beraksi bersama kelab dan hanya diberikan permit kerja untuk beraksi di United Kingdom pada Mei.

Dia dipinjamkan ke FSV Frankfurt, NEC Nijmegen, Royal Excel Mouscron, Gent, Mainz dan Union Berlin sepanjang tempoh berada di Liverpool.

Dalam perkembangan lain, Arsenal melengkapkan tandatangan pemain tengah Anderlecht, Albert Sambi Lokonga untuk kontrak jangka panjang.

Sekalipun yuran perpindahan tidak didedahkan ia dipercayai membabitkan sekitar £17.2 juta (RM99.23 juta) bagi khidmat pemain skuad kebangsaan Belgium bahawa 21 tahun itu.

Lokonga, 21, menyertai Anderlecht pada usia 15 tahun dan melakukan penampilan dalam skuad utama pada Disember 2017 selain beraksi dalam 78 penampilan serta meledak tiga gol.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 20 Julai 2021 @ 5:29 PM