DONNARUMMA akan meninggalkan AC Milan selepas enam tahun untuk berhijrah ke Paris Saint-Germain. FOTO Agensi
DONNARUMMA akan meninggalkan AC Milan selepas enam tahun untuk berhijrah ke Paris Saint-Germain. FOTO Agensi
Agensi

Rom: Gianluigi Donnarumma menulis surat perpisahan kepada peminat di AC Milan menjelang perpindahannya ke Paris Saint-Germain.

Penjaga gol Itali berusia, 22, menjadi wira negaranya apabila menyelamatkan dua sepakan penalti ketika mereka menang ke atas England di final Euro 2020, dijangka akan berhijrah ke Perancis minggu depan.

Donnarumma beraksi 251 perlawanan bersama Milan sejak membuat penampilan pertama pada usianya 16 tahun dan 242 hari pada Oktober 2015.

Dia mengucapkan selamat tinggal kepada Rossoneri dengan penuh emosi dan menulis mesej di Instagram bersama kompilasi video aksi terbaiknya menyelamatkan gawang.

Dia menulis: "Beberapa pilihan adalah sukar tapi itu adalah sebahagian daripada perkembangan seorang lelaki.

"Saya tiba di Milan ketika saya masih kecil, selepas lapan tahun saya memaki jersi ini dengan bangga, kami berjuang, menderita, menang, menangis, meraikan, bersama rakan sepasukan, jurulatih saya, semua yang kami lakukan bersama kelab, bersama peminat yang menjadi bahagian penting daripada apa yang kami panggil keluarga untuk bertahun-tahun.

"Dengan jersi Rossoneri inilah saya mencapai sasaran peribadi, seperti penampilan sulung saya ketika berusia 16 tahun dalam Serie A. Saya menjalani kehidupan yang luar biasa yang tidak akan saya lupakan.

"Sekarang waktunya dan sudah sampai masanya untuk mengucapkan selamat tinggal, pilihan yang tidak mudah, sangat sukar dan pastinya status ini tidak cukup untuk menjelaskannya atau sangat sukar untuk digambarkan kerana jauh di lubuk hati saya sukar untuk diterjemahkannya dengan kata-kata.

"Saya harap Milan akan beroleh semua kejayaan dan saya doakan dengan sepenuh hati kerana kasih sayang yang mengikat saya dengan kenangan ini, perasaan, jarak dan masa tidak akan memadamkan semua ini."

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 14 Julai 2021 @ 2:39 PM