DONNARUMMA puas dapat membantu Itali muncul juara Euro 2020. FOTO EPA
DONNARUMMA puas dapat membantu Itali muncul juara Euro 2020. FOTO EPA
Agensi

London: Gianluigi Donnarumma dan Domenico Berardi mengejek England selepas Itali muncul juara Euro 2020 dengan menyanyikan lagu keramat musuh mereka, Its coming home di bilik persalinan di Wembley.

Itali menumpaskan The Three Lions di final Euro 2020 menerusi penentuan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 dalam aksi sebenar.

Donnarumma bertindak cemerlang dengan menyelamatkan sepakan yang diambil Jadon Sancho dan Bukayo Saka.

Pemain Azzurri memang tidak dapat menyembunyikan kegembiraan luar biasa mereka selepas merangkul kejuaraan berkenaan buat kali kedua.

Video berkenaan dimuat naik di Instagram Stories Donnarumma.

Sebelum itu, Leonardo Bonucci menjerit It's coming Rome ke arah kamera di tepi padang sebaik saja wisel penamat dibunyikan.

Sebaik tiba di Rom pada sebelah pagi selepas perlawanan di Lapangan Terbang Fiumicino mereka disambut lebih daripada 200 penyokong.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 12 Julai 2021 @ 11:17 PM