MANCINI (kiri) dan Chiellini mempamerkan trofi Euro yang diraih selepas menumpaskan England dalam perlawanan akhir pagi tadi. FOTO AFP
MANCINI (kiri) dan Chiellini mempamerkan trofi Euro yang diraih selepas menumpaskan England dalam perlawanan akhir pagi tadi. FOTO AFP
AFP

Rom: Itali kembali ke Rom dengan penuh bangga selepas mereka mengalahkan England dalam penentuan penalti mendebarkan untuk muncul juara Euro 2020 di Wembley.

Kejayaan itu membuatkan negara tuan rumah terus kemarau dan penantian selama 55 tahun untuk memenangi trofi kejuaraan utama kedua berterusan.

Giorgio Chiellini, ketua pasukan berusia 36 tahun dan jurulatih, Roberto Mancini menjulang trofi sebaik mereka turun dari kapal terbang selepas beberapa jam mereka meraih kejayaan di Wembley.

Pasukan bimbingan Mancini bangkit daripada bolos gol awal iaitu jaringan paling pantas dalam perlawanan akhir Euro sebelum menyamakan kedudukan dan memenangi penentuan penalti 3-2.

Penjaga gol England, Jordan Pickford menyelamatkan sepakan Andrea Belotti dan Jorginho, namun sepakan Marcus Rashford mengenai tiang dan Gianluigi Donnarumma berjaya menggagalkan percubaan Jadon Sancho serta Bukayo Saka.

"Anak buahnya sangat luar biasa, saya tidak tahu apa lagi perlu diperkatakan. Ia sangat penting buat semua dan penyokong.

"Kami bermain dengan baik. Kami melepaskan gol dan bergelut namun kami berjaya mendominasi perlawanan," katanya memberitahu RAI Sport.

Rakyat Itali memenuhi di jalan raya dari Milan ke Palermo untuk meraikan kejayaan Azzuri sekali gus melupakan pandemik Covid-19 yang menghantui negara mereka.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 12 Julai 2021 @ 6:08 PM