Jorginho melakukan terjahan keras terhadap Jack Grealish ketika perlawanan akhir England Itali. FOTO Agensi
Jorginho melakukan terjahan keras terhadap Jack Grealish ketika perlawanan akhir England Itali. FOTO Agensi
Agensi

London: Frank Lampard dan Alan Shearer menegaskan bahawa Jorginho perlu dikeluarkan kerana melakukan kekasaran terhadap Jack Grealish ketika England tewas di final Euro 2020 kepada Itali.

Gol awal dari Luke Shaw memberi England permulaan sempurna di Wembley tetapi gol penyamaan Leonardo Bonucci pada separuh masa kedua membawa perlawanan ke waktu tambahan dan penalti.

Namun sebelum penentuan sepakan penalti yang penuh ketegangan berlaku, Jorginho berdepan risiko kad merah apabila melakukan kekasaran berbahaya terhadap Grealish.

Selepas melakukan sentuhan dengan bola, Jorginho menerjah dan membuatkan Grealish mengalami kecederaan pada paha kiri.

Pengadil Belanda, Bjorn Kuipers hanya memberikan kad kuning kepada Jorginho namun Lampard percaya pemain tengah Chelsea sepatutnya diarahkan keluar padang kerana melakukan perkara yang sama ketika perlawanan Liga Perdana.

"Rasanya ia seharusnya ditonton semula dari VAR," kata Lampard.

"Terdapat banyak perkara yang bagus mengenai VAR, tapi saya yakin dalam Liga Perdana ia boleh dilihat di monitor dan kad merah perlu diberikan.

"Tidak selalu mudah untuk menjatuhkan hukuman. Tapi saya rasa kad merah bila anda melihat kejadian itu.

Bekas penyerang England Alan Shearer juga mempunyai pendapat yang sama bahawa Jorginho perlu diberikan kad merah.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 12 Julai 2021 @ 1:29 PM