NEYMAR akui Messi adalah pemain terhebat dalam sejarah ketika ini. FOTO Agensi
NEYMAR akui Messi adalah pemain terhebat dalam sejarah ketika ini. FOTO Agensi
Agensi

Rio De Janeiro: Neymar mengucapkan tahniah kepada Lionel Messi selepas Argentina berjaya menewaskan Brazil untuk memenangi Copa America.

Messi akhirnya menamatkan penantiannya untuk menjulang trofi kejuaraan buat negara dengan jaringan tunggal Angel Di Maria pada separuh masa pertama sudah cukup untuk membolehkan Argentina merangkul kemenangan 1-0 di Maracana.

Sementara itu tindakan Neymar yang dilihat bercakap dengan ceria bersama bekas rakan pasukannya itu mendapat kritikan.

Namun Neymar menegaskan dia 'sakit' berikutan kekalahan Brazil dan mengakui bahawa dia 'bencikan' kekalahan.

Namun penyerang Paris Saint-Germain turut menghantar mesej khas kepada Messi dengan mengatakan bahawa Messi adalah pemain terbaik dalam sejarah ketika ini.

"Kekalahan itu sangat menyakitkan saya..ia adalah sesuatu yang masih belum dapat saya belajar dalam hidup," tulis Neymar dalam Instagram.

"Semalam apabila saya kalah, saya berpelukan dengan pemain terbaik dalam sejarah ketika saya bermain.

"Kawan dan abang, Messi, saya sedih dan saya memberi tahu kepadanya 'bangsat, anda tewaskan saya'.

"Saya sangat sedih kerana kalah. Tapi lelaki itu hebat!

"Saya amat menghormati apa yang sudah dilakukannya untuk bola sepak dan terutamanya untuk saya.

"Saya benci kepada kekalahan!!! tapi nikmatilah gelaran ini, bola sepak menanti anda pada ketika ini!.

"Taniah Brother."

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 12 Julai 2021 @ 10:47 AM