BARISAN pemain England bersiap sedia untuk beraksi di masa tambahan. FOTO EPA
BARISAN pemain England bersiap sedia untuk beraksi di masa tambahan. FOTO EPA
AFP

London: Perlawanan final Euro 2020 antara England dan Itali diheret ke masa tambahan selepas kedua-dua pasukan seri 1-1 pada masa sebenar di Wembley.

Luke Shaw menjaringkan gol pertama untuk England minit kedua yang juga gol terpantas di final Euro namun Leonardo Bonucci menyamakan kedudukan pada babak kedua.

England sedang memburu trofi utama yang pertama sejak Piala Dunia 1966 manakala Itali hanya memenangi Kejuaraan Eropah pada 1968.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 12 Julai 2021 @ 5:18 AM