CRISTIANO Ronaldo bergaya di atas kapal layar mewah ketika menikmati percutian bersama keluarganya. FOTO IG Cristiano Ronaldo
CRISTIANO Ronaldo bergaya di atas kapal layar mewah ketika menikmati percutian bersama keluarganya. FOTO IG Cristiano Ronaldo
Agensi

London: Cristiano Ronaldo menayangkan tubuh sasanya dengan perut 'six pack' yang agak gelap di akaun Instagram (IG) peribadinya yang memiliki 312 juta pengikut.

Bintang Portugal itu kini menikmati percutian bersama keluarga di Majorca selepas menghabiskan beberapa minggu di Euro 2020.

Dia dilihat menikmati masa terbaik dan bergaya seperti model dengan hanya memakai seluar pendek dan bertopi, sambil memegang cermin mata di tangan.

Bintang Juventus itu menyewa rumah agam pada harga £10,000 (RM173,434) satu malam, yang turut memiliki tempat mendarat helikopter, gelanggang tenis, kolam renang dan spa.

Dia bersama teman wanitanya, Georgina Rodriguez serta empat anak mereka.

Mereka dibantu pembantu rumah, chef dan pelayan yang tinggal di kemudahan berasingan di situ.

Ronaldo menghabiskan percutian khas bersama keluarganya, tetapi menghadiahkan kepada pengikutnya beberapa gambar solo.

CR7 membawa keluarga dan rakannya menikmati percutian seperti menaiki kapal layar mewah Azimut Grande serta berjemur di Georgina.

Kapal layar itu memiliki lima kabin mewah dan enam bilik tidur.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 12 Julai 2021 @ 12:17 AM