Pemain  Manchester United, Jesse Lingard beraksi cemerlang di West Ham ketika dipinjamkan musim lalu. FOTO Agensi
Pemain Manchester United, Jesse Lingard beraksi cemerlang di West Ham ketika dipinjamkan musim lalu. FOTO Agensi
Agensi

London: Tottenham Hotspur dilaporkan mahu khidmat Jesse Lingard untuk dijadikan sebahagian daripada tawaran daripada Manchester United mendapatkan Harry Kane.

Pemenang Kasut Emas, Liga Perdana Inggeris ketika membuat persediaan bagi final Euro 2020 bersama England, tetapi spekulasi mengenai masa depannya terus menjadi persoalan menjelang musim baharu saingan domestik.

Ketua Spurs, Daniel Levy dan Fabio Paratici terdesak untuk menghalang Kane sekalipun bintang mereka itu berhasrat untuk meninggalkan kelab dan Man United dijangka bakal memenangi perebutan untuk mendapatkan khidmatnya.

Menurut Football Insider, Nuno Espirito Santo sudah membentangkan situasi bagi perjanjian membabitkan lebih £100 juta termasuk dua pemain sebagai pertukaran buat Kane, dan Lingard adalah salah seorang bintang Red Devils yang menjadi buruan pengendali itu.

Lingard menyalakan kembali kariernya dengan sembilan gol dan lima bantuan gol dalam 16 penampilan di Liga Perdana sebagai pemain pinjaman ketika di West Ham United, tetapi kelihatan seperti dia masih berada dalam perancangan Ole Gunnar Solskjaer.

Pemain berusia 28 tahun berkenaan menghampiri tahun akhir kontrak bersama juara Inggeris 20 kali itu, di mana di meledak 33 gol dan melakukan 20 bantuan gol dalam 210 penampilan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 11 Julai 2021 @ 9:51 PM