Argentina's Lionel Messi holds the trophy as he celebrates with teammates after winning the Conmebol 2021 Copa America football tournament final match against Brazil at Maracana Stadium in Rio de Janeiro, Brazil, on July 10, 2021. - Argentina won 1-0. (Photo by CARL DE SOUZA / AFP)
Argentina's Lionel Messi holds the trophy as he celebrates with teammates after winning the Conmebol 2021 Copa America football tournament final match against Brazil at Maracana Stadium in Rio de Janeiro, Brazil, on July 10, 2021. - Argentina won 1-0. (Photo by CARL DE SOUZA / AFP)
AFP

Rio de Janeiro: Lionel Messi menjulang trofi pertama bersama Argentina selepas jaringan Angel Di Maria membantu pasukannya menewaskan tuan rumah Brazil 1-0 pada final Copa America pagi ini.

Kemenangan di Stadium Maracana itu mengakhiri penantian 28 tahun Argentina untuk menjulang trofi kejuaraan utama sekali gus menamatkan rekod kebal Brazil di tempat sendiri selama lebih 2,500 hari.

Kali terakhir Argentina muncul juara kejohanan utama pada 1993 menerusi dua jaringan legenda mereka Gabriel Batistuta ketika menewaskan Mexico 2-1 pada final di Ecuador.

"Ia trofi yang hebat terutamanya kepada negara kami. Penyokong memberikan sokongan padu dan menyemarakkan semangat pemain untuk tidak berputus asa,'' kata jurulatih Argentina Lionel Scaloni.

Ia juga kali pertama dalam enam edisi di tempat sendiri Brazil gagal menjulang trofi.

Ketika Messi yang berusia 34 tahun menamatkan penantiannya, Neymar pula yang lima tahun lebih muda terus kemarau gelaran antarabangsa pertama selepas tersisih daripada skuad Selecao yang muncul juara di tempat sendiri dua tahun lalu akibat kecederaan.

Gol kemenangan Argentina terhasil pada minit ke-22 menerusi lambungan cantik Di Maria selepas mendapat hantaran Rodrigo De Paul yang gagal dijangkau penjaga gol Brazil Ederson.

"Kami banyak kali gagal. Kami benar-benar mahukan kejuaraan dan bekerja keras memenanginya,'' kata Di Maria yang dipilih pemain terbaik perlawanan.

"Ramai yang tak yakin dengan kemampuan kami dan teruk dikritik tetapi kami akhirnya kami membuktikan keupayaan sebenar.''

Messi nyaris menambah derita Brazil pada lewat permainan tetapi dia gagal menyambar bola ketika hanya berdepan Ederson.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 11 Julai 2021 @ 10:08 AM