BARISAN pemain Colombia meraikan kejayaan Diaz menyumbat gol ketika. FOTO AFP
BARISAN pemain Colombia meraikan kejayaan Diaz menyumbat gol ketika. FOTO AFP
AFP

Brasilia: Luis Diaz meledakkan gol kemenangan penuh sensasi pada minit terakhir untuk menyaksikan Colombia melakar kemenangan menewaskan Peru 3-2 di Brasilia dan menamatkan saingan Copa America di tempat ketiga.

Ia satu pertemuan yang mendebarkan dengan Yoshimar Yotun meletakkan Peru di hadapan pada separuh masa pertama sebelum kapten Colombia, Juan Cuadrado menyamakan kedudukan pada awal babak kedua.

Luis Diaz meledakkan satu lagi gol buat Colombia pada minit ke-66 apabila dia berjaya melepasi kawalan pertahanan Peru dan untuk melakukan rembatan dari jarak jauh melepasi Gallese.

Gol dari pemain sayap Porto FC cukup meletakkan Colombia di depan 2-1 dengan saingan berbaki 20 minit.

Ia adalah gol kedua daripada pemain berusia 24 tahun yang juga penyerang Porto dalam pertandingan itu hadir 10 minit sebelum tamat perlawanan.

Peru kemudiannya berjaya menyumbat gol penyamaan minit ke-83 apabila tandukan Gianluca Lapadula menembusi gawang melalui hantaran sepakan sudut ketika perlawanan berbaki kurang 10 minit dan perlawanan seakan ditentukan oleh sepakan penalti.

Namun ketika permainan semakin hampir ke arah penalti, Luis Diaz sekali lagi cemerlang apabila meledakkan gol ketiga dan juga gol kemenangan ketika perlawanan berbaki tiga minit sebelum tamat.

Gallese berjaya menyentuh bola itu namun tidak cukup untuk menghalang rembatan itu menerjah ke gawangnya untuk meletakkan Colombia 3-2 dan dinobatkan sebagai pemenang tempat ketiga dan menjulang trofi di tempat ketiga buat kali kelima.

Colombia bermula dengan baik untuk memberi tekanan awal kepada Peru tetap mampu bertahan biarpun bola sering berada dalam kotak penalti mereka.

Kedua-dua pasukan berakhir dengan lima percubaan tepat pada babak pertama dengan Peru dilihat menguasai majoriti permainan dengan 56 peratus.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 10 Julai 2021 @ 11:23 AM