POL Van Boekel diberi semula tanggungjawab pegawai VAR untuk perlawanan akhir England menentang Itali. FOTO Agensi
POL Van Boekel diberi semula tanggungjawab pegawai VAR untuk perlawanan akhir England menentang Itali. FOTO Agensi
Agensi

London: Pegawai VAR yang membenarkan penalti England ketika menentang Denmark akan kembali bertugas pada aksi final Euro 2020 menentang Itali.

Three Lions mara ke final kejohanan utama buat kali pertama sejak 1966 selepas Hanrry Kane menjaringkan gol kemenangan pada waktu tambahan untuk menewaskan Denmark 2-1.

Kapten England itu menyambar bola lantunan hasil sepakan penalti dari jarak dekat selepas penjaga gol Denmark, Kasper Schmeichel menyelamatkan sepakan penalti itu.

Sepakan penalti itu kemudiannya menjadi kontroversi mengenai tindakan yang Joakim Maehle yang menyaksikan Raheem Sterling dijatuhkan.

Namun pegawai VAR, Pol Van Boekel tidak melihat alasan untuk membatalkan keputusan pengadil perlawanan Danny Makkelie terhadap keputusan memberikan England penalti yang membawa mereka meraih kemenangan bersejarah.

Dan pegawai dari Belanda itu juga akan terbabit pada perlawanan akhir antara England dan Itali untuk membantu pengadil dari Jerman, Bastian Dankert dengan teknologi itu.

Uefa mengumumkan bahawa rakan senegara Van Boekel, Bjorn Kuipers akan mengadili perlawanan di Wembley itu.

Terdahulu sepakan penalti yang diberikan itu mencetuskan kontroversi dan dikritik hebat di seluruh Eropah.

Akhbar Itali, Gazzetta Dello Sport menyatakan bahawa wujud teori konspirasi kerana Sterling diberikan sepakan penalti.

Mereka mengatakan bahawa England diberi bantuan sebagai balasan bantahan Boris Johnson terhadap penganjuran Liga Super Eropah yang gagal.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 10 Julai 2021 @ 9:35 AM