RICE (tengha) antara watak penting kejayaan England. FOTO Agensi
RICE (tengha) antara watak penting kejayaan England. FOTO Agensi
Agensi

London: Manchester United akan menyambut ketibaan Jadon Sancho ke Old Trafford musim panas ini dan Paul Parker ingin melihat Red Devils menambah satu lagi bintang England – Declan Rice.

Pemain tengah West Ham itu menjadi watak penting membawa England mara ke final Euro 2020.

Rice memulakan kesemua enam perlawanan bersama Three Lions dan spekulasi mula dikaitkan dengan perpindahannya dari Hammers dengan Chelsea dilaporkan berminat mendapat khidmatnya.

Parker mahukan Red Devils menyambar pemain berusia 22 tahun itu, percaya dia mampu memantapkan barisan tengah United, memainkan peranan yang tidak dapat ditangani oleh pemain yang ada sekarang.

"Ada cara untuk menjadi pemain pertahanan tapi ada juga cara untuk menjadi pemain tengah yang mampu menjadi pemain penyerang ketiga," kata Parker.

"United tidak mempunyai pemain itu, jadi jika mereka ingin membeli pemain mereka perlu memikirkan mengenai Declan Rice.

"Ini semua berkaitan dengan seorang pemain yang muda dan jika anda mahu membelanjakan wang Sancho, anda perlu mendapat seorang pemain yang terbukti akan berjaya di Liga Perdana. Semua orang bercakap dan tahu mengenainya."

Prestasi Rice amat mengejutkan selepas England menewaskan Denmark pada waktu tambahan untuk menempah pertemuan menentang Itali pagi Isnin ini, final kejohanan terbesar pertama buat Three Lions sejak mereka menang Piala Dunia pada 1966.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 9 Julai 2021 @ 8:19 AM