PENYOKONG yang ingin menyaksikan perlawanan di Wembley perlu membayar kos pengangkutan RM3,000 kepada FIGC. FOTO Agensi
PENYOKONG yang ingin menyaksikan perlawanan di Wembley perlu membayar kos pengangkutan RM3,000 kepada FIGC. FOTO Agensi
Agensi

Rom: Persekutuan Bola Sepak Itali (FIGC) hanya 1,000 penyokong Itali dibenarkan ke London untuk menyaksikan final Euro 2020 di bawah syarat yang ketat termasuk perlu menjalani kuarantin selama lima hari selepas pulang.

Badan pentadbir bola sepak Eropah UEFA bersetuju dengan pihak berkuasa Britain untuk membenarkan maksimum 1,000 penyokong terbang dari Itali dan menyaksikan perlawanan di Stadium Wembley.

Di bawah peraturan yang ditetapkan oleh UK, pelancong dari Itali perlu menjalani proses kuarantin 10 hari apabila tiba di England, jadi peminat yang ingin menyaksikan pertandingan antara England atau Denmark perlu bersetuju dengan syarat yang ketat.

Mereka hanya dibenarkan berada di tanah Britain untuk tempoh 12 jam dan perlu tinggal di gelembung yang dibenarkan menggunakan penerbangan khas dan pengangkutan khusus untuk pergi dan pulang ke lapangan terbang dan stadium.

Ia akan diaturkan oleh FIGC dengan harga 610 euros (RM3,000) setiap seorang sementara di dalam Wembley mereka akan disediakan tempat khas untuk penyokong Itali yang melalui proses perjalanan itu agar tidak terpisah.

Selain itu, peminat perlu mengesahkan keputusan ujian Covid-19 yang negatif sebelum memulakan perjalanan dan mereka perlu mengasingkan diri selama lima hari selepas kembali ke Itali.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 8 Julai 2021 @ 11:46 AM