RONALDO dan Portugal tersingkir pada pusingan kedua Euro 2020. FOTO AFP
RONALDO dan Portugal tersingkir pada pusingan kedua Euro 2020. FOTO AFP
Agensi

London: Cristiano Ronaldo melupakan kekecewaannya di Euro 2020 dengan bercuti bersama keluarga di atas kapal layar mewah.

Bintang Portugal itu tersingkir daripada kejohanan selepas pasukannya tewas 0-1 kepada Belgium pada pusingan kedua hasil jaringan Thorgan Hazard.

Kelmarin dia mempamerkan di media sosial beberapa gambar bersama teman wanitanya, Georgina Rodriguez dan anak mereka bersantai di atas kapal layar mewah di Majorca dengan mesej "Masa untuk berehat bersama insan tersayang."

AZMEER (kiri) ketika beraksi dengan Kedah. Foto Facebook Azmeer Yusof 25
AZMEER (kiri) ketika beraksi dengan Kedah. Foto Facebook Azmeer Yusof 25

Kapal layar Azimut Grande sepanjang 26 meter itu dibelinya dengan harga £5.5 juta (RM31 juta) pada Jun tahun lalu dan mempunyai lima kabin mewah dan serta enam bilik tidur. Ia mampu mencapai kelajuan 28 knot dan menggunakan dua enjin 1,900 kuasa kuda.

Ronaldo, 36, dan Georgina, 27, tinggal di rumah sewa di utara Majorca bersama anak mereka, menurut media tempatan.

Pada Ahad lalu Ronaldo turut menunjukkan foto dia bersantai di sauna namun tidak dapat dipastikan sama ia di atas Azimut Grande.

Penyingkiran awal Portugal di Kejohanan Eropah bermakna Ronaldo mempunyai banyak masa untuk berehat dan memulihkan kecergasan sebelum musim baharu Serie A bermula 22 Ogos.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 7 Julai 2021 @ 1:57 PM