JULIAN Naglesmann memikul tanggungjawab memastikan Bayern Munich menang gelaran Bundesliga kali ke-10 berturut-turut. FOTO AFP
JULIAN Naglesmann memikul tanggungjawab memastikan Bayern Munich menang gelaran Bundesliga kali ke-10 berturut-turut. FOTO AFP
AFP

Berlin: Jurulatih baharu Bayern Munich, Julian Naglesmann, hari ini berkata, dia akan meneruskan minat meluncur papan selaju dalam usaha mengurangkan memburu gelaran Bundesliga ke-10 berturut-turut buat kelab itu.

Naglesmann mengambil alih secara rasmi pada 1 Julai dan jurulatih berusia 33 tahun itu tiada perancangan untuk menyekat hobinya itu.

"Saya menikmati luncur papan selaju dan anda mungkin boleh lihat saya datang ke sini (pusat latihan Bayern) dengan papan selaju," katanya.

"Ia adalah sesuatu yang boleh dinantikan paparazzi," katanya. Nagelsmann memiliki reputasi sebagai antara jurulatih sedang meningkat naik di Jerman apabila membimbing RB Leipzig ke separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah 2020 dan naib juara Bundesliga, tahun lalu.

"Anda tidak boleh ragu untuk berjaya di sini, tetapi saya tidak takut, saya boleh lakukannya," katanya menerusi laman web kelab itu.

Di sebalik reputasi itu, dia masih belum memenangi sebarang gelaran di Hoffenheim dan Leipzig, yang tewas 1-4 di final Piala Jerman di tangan Borussia Dortmund, Mei lalu.

Perlawanan pertama liga buatnya adalah di Borussia Moenchengladbach pada 13 Ogos dan dia mengakui: "Perlu menyedarkan diri untuk memastikan sama ada ia benar. Pencapaian memang gila setakat ini kerana saya baru berusia 33 tahun."

Hujung bulan ini, dia akan berusia 34 tahun iaitu setahun lebih muda berbanding kapten dan penjaga gol Bayern, Manuel Neuer.

Nagelsmann, yang berasal dari Bavaria dan tidur di bawah cadar tertera perkataan Bayern sejak kecil, tahun ia dijangka terus memacu pasukannya itu.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu Bayern, Oliver Kahn sudah menetapkan supaya dia menang gelaran liga sekali lagi untuk mengesahkan dominasi selama sedekad di Bundesliga.

Bayern memenangi gelaran Bundesliga sejak musim 2012/13 dan Nagelsmann mahu meneruskan pencapaian cemerlang itu.

Dia menggantikan Hansi Flick, yang menang treble pada 2019/20, kemudian membantu Bayern menang gelaran Bundesliga kali kesembilan berturt-turut musim lalu sebelum dipilih mengemudi skuad kebangsaan Jerman.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 7 Julai 2021 @ 1:39 AM