ERIKSEN bergambar bersama peminat ciliknya di pantai Tidvilde. FOTO Agensi
ERIKSEN bergambar bersama peminat ciliknya di pantai Tidvilde. FOTO Agensi

Denmark: Bintang Denmark, Christian Eriksen kelihatan bersemangat apabila tampil buat kali pertama di khalayak sejak meninggalkan hospital selepas pulih daripada rawatan serangan jantung bulan lalu.

Pemain tengah itu kembali bernafas selepas diberikan bantuan di hadapan penyokong yang hadir menyaksikan negaranya beraksi perlawanan pembukaan di Euro 2020 menentang Finland pada 12 Jun.

Eriksen, 29, dikejarkan ke hospital di Copenhagen dan dibenarkan pulang ke rumah enam hari kemudian selepas pembedahan memasukkan alat bantuan jantung (ICD).

Pemain Inter Milan itu belum menyiarkan sebarang perkembangan di media sosial sejak memuat naik dirinya di hospital dua minggu setengah yang lalu.

Pemain itu dilihat berehat bersama keluarga di Odense namun keluar berkunjung ke pantai Tidvilde dan bergambar bersama peminat muda.

Bjorn Bindzus peminat kecil mengambil gambar bersama Eriksen dan gembira dapat bergambar bersama seorang pahlawan.

"Saya sangat gementar dan tidak dapat berkata-kata apabila meminta untuk mengambil gambar itu.

"Tapi saya bangga saya melakukannya dan hari ini saya sangat gembira.

"Kami sedang membuat iklan gambar apabila saya ternampak dia sedang menikmati makan tengah hari. Saya tunggu sehingga dia habis makan dan bercakap dengan teman wanitanya dan dia menjawab ya selepas itu.

"Saya tidak melihat kejadian itu ketika menentang Finland tapi dia kelihatan sihat. Sangat bagus dapat melihat dia.

Eriksen menyaksikan rakan pasukannya mara ke separuh akhir selepas menewaskan Republik Czech 2-1.

Kasper Schmeichel berkata, bertemu dengannya selepas dia keluar hospital membantu pemain untuk melupakan insiden mengerikan itu.

Dia berkata: "Senang melihatnya. Perkara itu banyak membantu rakan pasukan dan saya rasa dapat melihatnya membantu untuk kami melupakan kejayaan dia rebah di atas padang.

"Melihat dia di kehidupan sebenar dan dia baik saja, itu sangat penting." kata Schmeichel.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 4 Julai 2021 @ 10:18 AM