KAPTEN Switzerland, Xherdan Shaqiri (jersi 23) menjaringkan gol penyamaan ketika menentang Sepanyol di Saint Petersburg, hari ini. FOTO AFP
KAPTEN Switzerland, Xherdan Shaqiri (jersi 23) menjaringkan gol penyamaan ketika menentang Sepanyol di Saint Petersburg, hari ini. FOTO AFP
AFP

Di Saint Petersburg, Sepanyol menewaskan Switzerland 3-1 menerusi penentuan sepakan penalti untuk layak ke separuh akhir Euro 2020.

Perlawanan sehingga masa tambahan terikat 1-1 selepas Sepanyol mendahului menerusi gol sendiri Denis Zakaria pada minit ke-8.

Kapten Switzerland, Xherdan Shaqiri kemudian menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-68, tetapi mereka beraksi dengan 10 pemain apabila Remo Freuler dibuang padang pada minit ke-77.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 3 Julai 2021 @ 2:50 AM