KELUARGA Morata turut menjadi sasaran kemarahan penyokong. FOTO AFP
KELUARGA Morata turut menjadi sasaran kemarahan penyokong. FOTO AFP
Agensi

Saint Petersburg: Alvaro Morata berkata dia tahu mengapa dia menjadi sasaran kejian ketika Euro 2020 tetapi belum bersedia mendedahkannya sehingga tamat kempen Sepanyol.

Penyerang Juventus itu meledak dua jaringan di kejohanan itu termasuk ketika membantu skuad Luis Enrique bangkit menewaskan Croatia 5-3 pada pusingan kedua.

Tetapi pada masa sama, Morata terlepas banyak peluang terbaik dalam perlawanan sebelumnya sehingga dia teruk dikritik manakala keluarganya turut menjadi sasaran kemarahan penyokong di tempat awam.

Ketua jurulatih, Enrique pula menganggap kritikan melampau itu sebagai jenayah dan mahu polis mengambil tindakan.

Morata berpeluang melenyapkan kritikan apabila Sepanyol menentang Switzerland pada aksi suku akhir tengah malam esok.

"Saya tahu mengapa mereka mengkritik dan mengeji saya,'' katanya kepada media. "Saya tahu sangat puncanya dan tidak sukar untuk difahami.

"Selepas tamat Kejohanan Eropah dan semua berjalan dengan baik, saya akan bercakap. Saya tiada masalah. Saya tahu mengapa mereka mengejek saya, sudah tentu.''

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 1 Julai 2021 @ 7:27 PM