PEMAIN JDT, Safiq Rahim (kanan) cuba melepasi kawalan pemain Pohang Steelers FC, Borys Tashti pada aksi Kumpulan G, Liga Juara-Juara Asia (ACL) di Stadium Rajamangala, Bangkok, Thailand, sebentar tadi. FOTO Ihsan Johor Southern Tigers
PEMAIN JDT, Safiq Rahim (kanan) cuba melepasi kawalan pemain Pohang Steelers FC, Borys Tashti pada aksi Kumpulan G, Liga Juara-Juara Asia (ACL) di Stadium Rajamangala, Bangkok, Thailand, sebentar tadi. FOTO Ihsan Johor Southern Tigers
Rizar Mohd Noor


Bangkok: Johor Darul Ta'zim (JDT) gagal memburu kemenangan kedua apabila tewas 1-4 kepada FC Pohang Steelers FC pada aksi pusingan pertama Kumpulan G Liga Juara-Juara Asia (ACL) di Stadium Rajamangala, di Bangkok, Thailand, malam ini.

Kekalahan itu meletak skuad Harimau Selatan di tangga ketiga dengan tiga mata dan kelab Korea Selatan itu melonjak ke tangga kedua selepas mengumpul enam mata manakala Nagoya Grampus kekal selaku pendahulu kumpulan selepas membelasah Ratchaburi FC 4-0 pada aksi terdahulu.

Kesilapan Leandro Velazquez, Mauricio Dos Santos dan Matthew Davies menghadiahkan sepakan penalti pada babak pertama dan babak kedua mencipta malang buang JDT, Velazquez mencipta jaringan buat JDT mendahului 1-0.

Beraksi di padang basah, Pohang Steelers kerap menghadirkan cemas di kubu JDT pada awal permainan.

Namun, skuad Harimau Selatan berjaya memecah kebuntuan pada minit ke-16 selepas Velazquez bijak merampas bola daripada Lee Soo-bin sebelum merembat bola leret yang terbias di kaki Gwon Wan-gyu menyaksikan penjaga gol, Kang Hyeon-mu tergamam melihat bola menerjah jaring.

Apapun, jaringan itu tidak tidak bertahan lama selepas kesilapan Velazquez yang didakwa menjatuhkan Goh Young-jun pada minit ke-26 dan pengadil dari Australia, Shaun Evans tidak teragak-agak menghadiahkan sepakan penalti.

Tashti menyempurnakan sepakan penalti itu untuk menyamakan kedudukan 1-1. Malang buat JDT apabila Evans sekali lagi menghadiahkan sepakan penalti selepas Mauricio Dos Santo melakukan terjahan keras terhadap Mario Kvesic di dalam kotak penalti pada minit ke-34.

Walaupun pada awalnya sepakan Kang Sang-woo berjaya ditepis Farizal, namun Evans mengarahkan sepakan semula selepas mengesan penjaga gol JDT itu terlebih dahulu bergerak dan sepakan kedua Sang-woo pada minit ke-35 berjaya meletak Pohang Steelers mendahului 2-1.

Anak didik Gi-dong menambah derita JDT pada minit ke-81 selepas bola umpanan pemain gantian, Lee Seung-mo berjaya mengelirukan benteng skuad Harimau Selatan yang membolehkan Kwon Ki-pyo mudah menewaskan Farizal.

Pohang Steelers dihadiahkan sepakan penalti ketiga perlawanan selepas Matthew Davies mengasari Alex Grant pada minit akhir perlawanan dan Lim Sang-hyub tidak berdepan masalah memastikan kemenangan bergaya 4-1 kepada kelab Korea Selatan itu.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 29 Jun 2021 @ 12:07 AM