POGBA mengalih botol arak pada sidang media di Euro 2020. FOTO AFP
POGBA mengalih botol arak pada sidang media di Euro 2020. FOTO AFP
AFP

Lausanne: Uefa akan mengalihkan botol arak pada sidang media di Euro 2020 jika pemain beragama Islam membuat permintaan mengenainya, kata badan induk bola sepak Eropah itu, hari ini.

Pemain tengah Perancis, Paul Pogba, yang beragama Islam dan tidak minum arak, mengalihkan botol daripada pandangan kamera pada ketika dia menjawab soalan wartawan di peringkat awal kejohanan.

"Kami akan tanya pemain beragama Islam sama ada mereka mahu (botol) itu atau sebaliknya," kata jurucakap Uefa kepada AFP.

Jurucakap itu berkata, Heineken, yang juga penaja utama Euro 2020 bersetuju dengan pendekatan itu.

Tindakan Pogba itu hadir selepas bintang Portugal, Cristiano Ronaldo mengalihkan botol Coca-Cola pada sidang media awal dan menegaskan orang ramai sepatutnya minum air.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 26 Jun 2021 @ 2:30 AM