HENDERSON diturunkan sebagai pemain gantian pada separuh masa kedua ketika mereka melakarkan kemenangan 1-0 ke atas Republik Czech. FOTO Agensi
HENDERSON diturunkan sebagai pemain gantian pada separuh masa kedua ketika mereka melakarkan kemenangan 1-0 ke atas Republik Czech. FOTO Agensi
Agensi

London: Jadon Sancho dan Jude Bellingham dapat memberi sentuhan tambahan kepada England menjelang perlawanan peringkat kalah mati di Euro 2020 kata Jordan Henderson.

Barisan Gareth Southgate akan berdepan Jerman di Wembley Selasa ini, masih belum pernah menewaskan lawan mereka itu di peringkat kalah mati di kejohanan utama sejak 1966.

Sancho dan Bellingham kedua-duanya beraksi bersama kelab bola sepak Jerman, Borussia Dortmund kerap menjadi pilihan bersama-sama pemain utama Joachim Low di Bundesliga.

Henderson berkata, gabungan dua pemain itu boleh berkongsi maklumat tambahan bersama pasukan England dalam persiapan untuk menghadapi pertembungan 'istimewa' Selasa ini.

Ketika ditanya sama ada Sancho dan Bellingham dapat membantu persiapan Southgate minggu ini dia berkata: "Mereka akan melakukannya ramai daripada kita tahu banyak perkara mengenai mereka kerana memiliki ramai pemain handalan di atas padang.

"Kami sangat mengenali mereka, kami menonton perlawanan mereka di Euro. Jadon dan Jude juga tahu mengenai mereka, kedua-dua mereka adalah pemain utama bagi kami dan saya pasti mereka akan memberitahu satu atau dua perkara lain mengenai Jerman.

Pemain tengah Liverpool itu juga mendedahkan England tidak akan mengubah kaedah latihan berkaitan dengan penalti yang menjadi prospek penentuan di peringkat kalah mati.

"Kami sentiasa melakukan latihan penalti jadi tiada apa yang akan berubah. Itu selalu berlaku di mana-mana kejohanan," katanya.

Katanya lagi: "Ia satu perlawanan yang istimewa dan sentiasa menjadi istimewa. Beberapa tahun kebelakangan ini, anda tidak melihat bola hanya di atas garisan yang mana ia menjadikan perlawanan lebih menonjol.

"Ia sangat istimewa untuk pemain, penyokong dan mereka yang menonton. Ia satu yang mengujakan dan setiap orang menantikannya.

"Kami hanya perlu terus kekal fokus dan memberikan segalanya di atas padang agar tidak menyesal."

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 25 Jun 2021 @ 6:20 AM