PREECE bersama bendera England. FOTO Agensi
PREECE bersama bendera England. FOTO Agensi
Agensi

London: Seorang pengadil muda yang terkenal selepas dilihat memberi sokongan kepada England, mengharapkan anak buah Gareth Southgate dapat mara lebih jauh pada saingan Euro kali ini.

Jess Preece, 18, dilihat mengibarkan bendera England untuk meraikan gol kemenangan Raheem Sterling ketika menewaskan Republik Czech.

Kini pengadil muda Tahap 7 itu percaya Three Lions mampu mara lebih jauh selepas melakar kemenangan 1-0 di Wembley.

"Saya rasa kami boleh melakukannya kali ini. Pemain berbakat yang ada dalam pasukan kali ini berkelas dunia dan mereka boleh menewaskan mana-mana pasukan.

"Dua perlawanan pertama nampak tidak meyakinkan tetapi yang terakhir Southgate menukar barisan pemainnya dan ia jelas mengubah pasukan itu.

"Dia menggunakan pemain simpanan dan dengan (Harry) Maguire dan (Jack) Grealish, ia lebih meyakinkan.

"Saya rasa kita mungkin akan berjumpa Portugal selepas ini, agak mencabar tetapi untuk menjadi yang terbaik anda perlu menewaskan yang terbaik," kata Preece.

Peminat setia West Brom, Preece bermain bola sepak sejak kanak-kanak dan memperoleh sijil pengadil dua tahun lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 24 Jun 2021 @ 10:26 PM