NEYMAR ceria ketika sesi latihan Brazil di  Teresopolis,  semalam. FOTO AFP
NEYMAR ceria ketika sesi latihan Brazil di Teresopolis, semalam. FOTO AFP
Agensi

Rio de Janeiro: Neymar sekali lagi menjadi tumpuan ketika Brazil menentang Colombia dalam aksi Kumpulan B di Copa America pagi esok.

Brazil menang dua perlawanan awal selepas menewaskan Venezuela dan Peru. Kini mereka sedia menjadikan Colombia mangsa seterusnya di Stadium Olimpik.

Brazil pasukan pilihan kejohanan dan prestasi mereka berada pada tahap terbaik. Barisan serangan sukar dibendung manakala gawang masih kebal tanpa dibolosi.

Colombia pula tidak konsisten apabila meraih empat mata daripada tiga perlawanan dengan satu kemenangan, sekali seri dan tewas kepada Peru.

Jurulatih mereka, Reinaldo Rivera pasti bimbang dengan skuadnya yang hanya mampu meledak dua gol dalam tiga perlawanan.

Dua bintang Porto, Luis Diaz dan Mateus Uribe dijangka beraksi selepas tamat penggantungan untuk Colombia dan Luis Muriel juga mungkin membarisi kesebelasan utama menentang Brazil.

Pengendali Brazil Tite melakukan tujuh pertukaran ke atas skuadnya pada perlawanan kedua menentang Peru selepas menewaskan Venezuela 3-0 pada aksi pertama.

Bintang mereka seperti Alisson Becker, Casemiro dan Richarlison dijangka beraksi semula manakala bisa Neymar sekali lagi ditagih selepas meledak dua gol dan mencipta satu bantuan jaringan dalam dua perlawanan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 23 Jun 2021 @ 1:27 PM