Pemain tengah Belgium, Thorgan Hazard (kiri) meraikan jaringannya ketika berdepan Denmark, Jumaat lalu. FOTO AFP
Pemain tengah Belgium, Thorgan Hazard (kiri) meraikan jaringannya ketika berdepan Denmark, Jumaat lalu. FOTO AFP
AFP

Brussels: Pemain tengah, Thorgan Hazard akan diketepikan pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan Euro 2020 buat Belgium yang akan berdepan Finland pada Isnin tetapi dijangka kembali beraksi saingan berikutnya pada kejohanan kata jurulatih, Roberto Martinez

"Hazard mengalami 'sedikit rempuhan di lutut' tapi 'tiada apa yang perlu dirisaukan," kata Martinez.

Abangnya, Eden Hazard akan menggantikan tempatnya sekali gus menjadikan perancang tengah Real Madrid itu dalam senarai kesebelasan utama buat pertama kali dalam kejohanan terbabit, tambah jurulatih itu.

Belgium sudah layak ke peringkat kalah mati selepas menewaskan Russia 3-0 dan Denmark 2-1.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 20 Jun 2021 @ 8:29 PM