IBRAHIMOVIC dijangka kembali beraksi selepas dua bulan. FOTO AFP
IBRAHIMOVIC dijangka kembali beraksi selepas dua bulan. FOTO AFP
AFP

Milan: Pemain antarabangsa Sweden, Zlatan Ibrahimovic selamat menjalani pembedahan lutut yang menyebabkan dia terpaksa melepaskan aksi Euro 2020, kata kelab AC Milan.

"Ibrahimovic menjalani arthroscopic (prosedur) pada kaki kirinya di Rome dan prosedur itu berjaya," kata kenyataan yang dikeluarkan oleh AC Milan.

"Zlatan kini berada dalam keadaan baik dan akan segera memulakan proses pemulihan."

Pemain berusia 39 tahun itu mengalami kecederaan itu ketika Milan mencatatkan kemenangan liga 3-0 mengatasi Juventus pada 9 Mei.

Menurut laporan, dia dijangka akan direhatkan selama dua bulan.

Masa pemulihan prosedur seperti ini dijangka akan mengambil masa satu bulan untuk dia kembali berlari dan sebulan lagi lagi untuk dia kembali bermain.

Ibrahimovic boleh beraksi di padang menjelang permulaan musim baru pada 21 dan 22 Ogos.

Penyerang itu kembali bersama skuad kebangsaan pada Mac lalu hampir lima tahun selepas memutuskan untuk tidak beraksi di peringkat antarabangsa.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 19 Jun 2021 @ 6:59 AM