REAKSI kecewa penyokong Scotland ketika pasukan itu tewas 0-2 kepada Republik Czech di Hampden Park, Glasgow, Isnin lalu. FOTO AFP
REAKSI kecewa penyokong Scotland ketika pasukan itu tewas 0-2 kepada Republik Czech di Hampden Park, Glasgow, Isnin lalu. FOTO AFP
Agensi

London: Di sebalik rayuan supaya duduk di rumah, penyokong Scotland yang seronok dan teruja kini mula menakluk London menjelang perlawanan Euro 2020 menentang England, esok.

Penyokong Tartan Army itu dirakam memenuhi stesen King Cross, hari ini dengan bendera dan pelbagai sepanduk serta bagasi masing-masing.

Penyokong terbabit dijangka memenuhi pub dan restoran untuk menyaksikan perlawanan Kumpulan D pada 8 malam esok 93 pagi waktu Malaysia).

Malah, mereka berharap untuk berarak ke Hyde Park, sekalipun tiada skrin besar untuk menayangkan perlawanan berkenaan.

Sebanyak 3,000 tiket disediakan untuk penyokong Scotland daripada 21,500 keseluruhan tiket yang sudah habis dijual untuk aksi di Wembley itu.

Bagaimanapun, dijangka antara 6,000 hingga 20,000 penyokong Scotland merancang untuk datang ke selatan apabila semua tiket kereta api dari Glasgow dan Edinburgh ke London, hari ini, sudah habis dijual.

Kali terakhir England bertemu Scotland adalah pada Euro 1996 apabila Gazza meraikan gol kemenangan dengan duduk di atas kerusi doktor gigi apabila the Three Lions memang 2-0.

Tetapi, wujud kebimbangan tiada kesedaran dan waspada terhadap Covid-19 bagi zon penyokong pada perlawanan itu.

Penyokong Scotland digesa tidak datang tanpa tiket atau mencari tempat selamat untuk menyaksikan perlawanan bersejarah itu.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 17 Jun 2021 @ 9:50 PM