Rafael Benitez bekas pengendali Liverpool dan Newcastle. FOTO Agensi
Rafael Benitez bekas pengendali Liverpool dan Newcastle. FOTO Agensi
Agensi

London: Rafael Benitez kini menjadi pilihan utama ditawarkan jawatan pengendali Everton selepas beberapa siri perbincangan dijalankan oleh pengurusan kelab terbabit.

Everton agak berlengah melantik pengganti Carlo Ancelotti yang meninggalkan kelab itu untuk mengendalikan Real Madrid.

Nuno Espirito Santo yang meninggalkan Wolves pada penghujung musim lalu, turut berada dalam pertimbangan dan kekal sebagai salah seorang calon mereka.

Benitez bekas pengendali Liverpool, Chelsea dan Newcastle kini adalah pilihan utama.

Dia mungkin menjadi orang pertama yang mengendalikan dua kelab Merseyside, memenangi Liga Juara-Juara dan Piala FA ketika enam tahun di Anfield.

Pengendali dari Sepanyol itu kali terakhir bersaingan dalam Liga Perdana Inggeris ketika di Newcastle, di mana dia cukup disenangi peminat sebelum berkelana ke China untuk membimbing kelab Dalian Professional.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 17 Jun 2021 @ 3:44 PM