BAQUE menjawab pertanyaan media semasa rehat dalam soal siasat Madrid. FOTO Agensi
BAQUE menjawab pertanyaan media semasa rehat dalam soal siasat Madrid. FOTO Agensi
AFP

San Isidro: Peguam kepada jururawat yang masih lagi dalam siasatan berhubung kematian legenda, Diego Maradona berkata, doktor menyebabkan kematian di atas perbuatan kecuaian.

"Mereka membunuh Maradona," kata peguam, Rodolfo Baque kepada wartawan selepas anak guamnya, iaitu jururawat, Dahiana Gisela Madrid disoal siasat oleh pendakwa raya.

Maradona meniggal dunia akibat serangan jantung November tahun lalu pada usia 60 tahun, seminggu selepas melakukan pembedahan otak untuk membuang darah beku.

Madrid, 36, salah seorang daripada tujuh individu yang disiasat atas pembunuhan apabila lembaga pakar melihat kematian Maradona adalah disebabkan bantuan perubatan tidak mencukupi dan dibiarkan dalam keadaan menyeksakan.

Baque menegaskan bahawa doktor yang merawat Maradona ketika dia pulih dari pembedahan otak harus dipersalahkan atas kematian legenda bola sepak itu.

Beliau berkata, bahawa Maradona dirawat kerana masalah jantung tetapi pada masa yang sama menggunakan ubat psikiatri yang mempercepat degupan jantungnya.

Maradona juga terjatuh ketika di hospital dan ketika Madrid meminta untuk melakukan imbasan CAT kepadanya, seorang pembantu Maradona menolak, dengan alasan bahawa jika akhbar mengetahui bahawa ia akan kelihatan lebih teruk, jelas Baque.

""Pada akhirnya, ada banyak tanda menunjukkan bahawa Maradona akan mati. Tidak ada doktor yang melakukan apa-apa untuk mencegahnya, " kata Baque semasa rehat dalam soal siasat Madrid, yang berlangsung selama lebih dari lapan jam.

Madrid adalah jururawat Maradona dan adalah orang terakhir yang melihatnya masih hidup.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 17 Jun 2021 @ 11:07 AM