RONALDO menyarankan peminat untuk minum air kosong. FOTO Agensi
RONALDO menyarankan peminat untuk minum air kosong. FOTO Agensi
Agensi

London: Coca-Cola menegaskan 'setiap orang berhak untuk memilih minuman mereka'. Itu reaksi balas syarikat minuman terbesar dunia selepas Cristiano Ronaldo mengetepikan dua botol minum itu pada sidang media Euro 2020 semalam.

Pemain berusia 36 tahun yang mementingkan kesihatan memberi reaksi serius apabila melihat minuman soda itu diletakkan di hadapannya sebelum sidang media bermula - membuatkan dia mengetepikan minuman itu dan memaklumkan kepada peminat untuk 'minum air kosong'.

Syarikat minuman itu yang menjadi penaja Euro bertindak balas dengan memaklumkan secara terang-terangan bahawa setiap orang mempunyai 'selera dan keperluan' masing-masing.

"Pemain ditawarkan air disamping Coca-Cola dan Coca-Cola tanpa gula apabila tiba di sidang media," kata jurucakap.

Bintang Portugal itu antara pemain bola sepak terbaik dunia cukup terkenal dengan diet dan gaya kehidupan sihatnya.

Tumpuan kepada tahap kecergasan dan kehidupannya itu membolehkannya terus bermain di peringkat elit biarpun sudah berusia 30-an ketika ramai pemain mengundurkan diri.

Dia sebelum itu mendedahkan enam makanan yang diambil untuk diet harian adalah buah yang banyak, sayuran dan protein seperti ikan atau ayam yang dimasuk tanpa minyak.

Berita berkaitan:

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 16 Jun 2021 @ 1:12 AM