GREALISH (depan) ketika sesi latihan England. FOTO AFP
GREALISH (depan) ketika sesi latihan England. FOTO AFP
Agensi

London: Legenda England Wayne Rooney menjangkakan Gareth Southgate akan menurunkan Jack Grealish ketika menentang Scotland pada Sabtu ini.

Three Lions membuka kempen Euro 2020 dengan kemenangan 1-0 ke atas Croatia hasil jaringan Raheem Sterling kelmarin.

Sebelum perlawanan ramai menjangkakan bintang Aston Villa itu akan bermain tetapi Southgate mempunyai idea lain.

Sebaliknya, penyerang berusia 25 tahun itu hanya memanaskan bangku simpanan sepanjang perlawanan.

Rooney yang juga penjaring gol terbanyak England antara mereka yang mahu menyaksikan lebih banyak kelibat Grealish di kejohanan itu dan dia percaya Southgate akan menurunkannya ketika melayan Auld Enemy di Wembley.

Rooney berkata kepada Sky Sports News: "Saya berminat menyaksikan persembahan Jack Grealish. Dia pemain yang akan berkembang di kejohanan ini dan bakal menjadi aset penting England.

"Saya jangka beberapa perubahan akan dilakukan untuk perlawanan menentang Scotland dan saya fikir Grealish tersenarai dalam kesebelasan utama.

"Tetapi saya fikir mereka akan lebih relaks Sabtu ini tetapi tetap perlu berwaspada.''

Rooney turut memuji prestasi pemain tengah Leeds United, Kalvin Phillips yang mencipta gerakan jaringan Sterling dan menganggap dia pemain terbaik perlawanan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 15 Jun 2021 @ 2:01 PM