Pemain tengah Liverpool dan Belanda, Georginio Wijnaldum. FOTO AFP
Pemain tengah Liverpool dan Belanda, Georginio Wijnaldum. FOTO AFP
Agensi

London: Pemain tengah Liverpool, Georginio Wijnaldum hampir pasti menyertai Paris St-Germain menerusi perpindahan percuma.

Wijnaldum memilih untuk tidak menandatangani kontrak lanjutan bersama Liverpool pada penghujung musim.

Pada awalnya dilaporkan pemain berusia 30 tahun itu akan menyertai Barcelona apabila kontraknya bersama skuad Reds tamat pada hujung Jun ini.

Bagaimanapun, PSG, yang menamatkan saingan Ligue 1 musim lalu di tempat kedua difahamkan tampil dengan tawaran yang lebih baik dan Wijnaldum memilih untuk menyertai mereka.

Penampilan Mauricio Pochettino di PSG juga menjadi faktor tindakan itu.

Wijnaldum sering bercakap mengenai Pochettino sebelum menyertai Liverpool dan sekalipun perjanjian itu belum lengkap, tidak mustahil jika pemain Belanda itu berpindah ke ibu kota Perancis berkenaan.

Wijnaldum adalah sebahagian daripada skuad Belanda bagi kempen Euro 2020, melakukan 237 penampilan buat Liverpool, di mana dia turut memenangi Liga Perdana Inggeris dan Liga Juara-Juara.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 7 Jun 2021 @ 9:45 PM