Pemain Argentina, Lionel Messi (kanan) diasak oleh pemain Chile dalam aksi kelayakan Piala Dunia zon Amerika Selatan. FOTO AFP
Pemain Argentina, Lionel Messi (kanan) diasak oleh pemain Chile dalam aksi kelayakan Piala Dunia zon Amerika Selatan. FOTO AFP
AFP

Santiago del Estero, Argentina: Lionel Messi menyempurnakan penalti tetapi Argentina terlepas peluang untuk mengambil alih kedudukan teratas daripada seteru utama, Brazil dalam kelayakan Piala Dunia Amerika Selatan selepas terikat 1-1 ke atas Chile, sebentar tadi.

Cubaan Messi juga terkena palang dan tiga kali diselamatkan penjaga gol Chile, Claudio Bravo dan Alexis Sanchez memberikan satu mata buat pelawat dengan gol penyamaan di Santiago del Estero.

Keputusan seri menyebabkan Argentina ketinggalan satu mata di belakang Brazil, satu-satunya pasukan yang mencipta rekod sempurna dalam kelayakan dan akan menanti kehadiran Ecuador esok.

Chile di kedudukan keenam, dua mata di belakang tempat bagi kelayakan selepas hanya menang sekali dalam lima perlawanan setakat ini.

AKSI  Messi  meledak sepakan percuma Argentina. FOTO EPA
AKSI Messi meledak sepakan percuma Argentina. FOTO EPA

Kapten Argentina, Messi berkata dia gembira dengan keputusan itu sekalipun gagal menang.

"Pasukan ini mempunyai dinamik yang baik, bukan mudah untuk beraksi lagi selepas sekian lama," katanya.

Ia lebih daripada enam bulan sejak pusingan terakhir kelayakan selepas dua perlawanan ditangguhkan pada Mac kerana penularan pandemik Covid-19.

"Ia adalah perlawanan istimewa dan menjadi ia perlawanan pertama tanpa Diego" Maradona legenda yang mengetuai pasukan kebangsaan negara itu memenangi Piala Dunia 1986 sebelum dia meninggal dunia pada November lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 4 Jun 2021 @ 11:55 AM