CONTE turut menghargai sokongan yang diberikan penyokong kelab berkenaan. FOTO EPA
CONTE turut menghargai sokongan yang diberikan penyokong kelab berkenaan. FOTO EPA
AFP

Rome: Antonio Conte mengakui puas hati dengan 'perjalanannya' sebagai jurulatih Inter Milan sehari selepas beliau meninggalkan pasukan yang baru dinobatkan sebagai juara Serie A.

"Perjalanan yang menakjubkan selama dua tahun, tidak ada alasan, haya bekerja, kerja dan kerja, dengan rasa hormat dan penuh sopan," kata Conte dalam akaun Instagram.

Bekas pengurus Chelsea dan Juventus itu mengambil alih pasukan pada Mei 2019 dengan kontrak selama tiga tahu dan dilaporkan bernilai €12 juta (RM61) juta setahun.

Bagaimanapun, pengendali berusia 51 tahun itu meninggalkan pasukan setahun lebih awal selepas membantu Inter meraih kejuaraan Serie A sekali gus menamatkan penantian selama 11 tahun.

Conte juga berterima kasih kepada penyokong kerana beliau sentiasa merasakan kehangatan dan sokongan walaupun ketika berdepan pandemik Covid-19.

Semalam, media Itali melaporkan Simone Inzaghi yang meninggalkan Lazio akan menggantikan tempat Conte.

Laporan mendakwa bekas penyerang antarabangsa Itali berusia 45 tahun itu mungkin akan menandatangani kontrak selama dua tahun bersama Inter.

Lazio mengeluarkan kenyataan pendek dengan mengatakan Inzaghi sudah menamatkan tugasnya selama tahun sebagai jurulatih.

"Kami hormati perubahan fikiran jurulatih yang sebelum itu mengukir nama sebagai pemain Lazio dan sudah meraih banyak kejayaan," jelas kelab berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 28 Mei 2021 @ 9:31 AM