CONTE berjaya menamatkan penantian 11 tahun Inter. FOTO EPA
CONTE berjaya menamatkan penantian 11 tahun Inter. FOTO EPA
AFP

Milan: Antonio Conte berpisah dengan pasukan yang baru saja dinobatkan sebagai juara Serie A, Inter Milan.

Selepas menamatkan penantian selama 11 tahun kelab berkenaan mengesahkan bahawa Conte tidak lagi bersama mereka.

"FC Internazionale Milano boleh mengesahkan kata putus sudah dicapai dengan kontrak Antonio Conte ditamatkan di atas persetujuan bersama," jelas kelab berkenaan dalam satu kenyataan.

Bekas pengendali Chelsea dan Juventus itu membimbing pasukan berkenaan pada Mei 2019 dengan kontrak selama tiga tahun dengan nilai dilaporkan €12 juta (RM60 juta) semusim.

"Kelab ingin mengucapkan terima kasih kepada Antonio dengan kerja luar biasa yang dilakukannya, membantu Inter merangkul gelaran ke-19. Antoni Conte akan kekal terpahat dalam sejarah kelab kami

Pengendali kelahiran Itali berusia 51 tahun itu dikatakan bertengkar dengan pemilik kelab, Suning bercadang untuk menyekat perbelanjaan sekali gus menghalangnya membina skuad yang dimahukan untuk mencabar pasukan di laman sendiri mahupun Eropah.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 27 Mei 2021 @ 7:51 AM