Pengendali AC Milan, Stefano Pioli (tengah) meraikan kejayaan pasukannya bersama pemain selepas perlawanan menentang Atalanta. FOTO AFP
Pengendali AC Milan, Stefano Pioli (tengah) meraikan kejayaan pasukannya bersama pemain selepas perlawanan menentang Atalanta. FOTO AFP
AFP

Milan: Juventus layak ke Liga Juara-Juara pada hari akhir musim ini selepas mencatat kemenangan 4-1 di Bologna dan disertai AC Milan yang menewaskan Atalanta 2-0, pagi ini.

Napoli terpaksa beraksi di Liga Europa selepas penamat tempat kelima, satu mata di belakang Juventus apabila terikat 1-1 di laman sendiri berdepan Hellas Verona.

Dua penalti oleh Franck Kessie pada penghujung setiap babak memastikan AC Milan menamatkan saingan musim ini di tempat kedua - 12 mata di belakang seteru kota Inter Milan - dan kembali ke Liga Juara-Juara buat pertama kali sejak musim 2013-2014.

Pemain Bologna, Rodrigo Palacio (kanan) memberi tekanan kepada pertahanan Juventus, Matthijs De Ligt pada aksi Serie A. FOTO Agensi
Pemain Bologna, Rodrigo Palacio (kanan) memberi tekanan kepada pertahanan Juventus, Matthijs De Ligt pada aksi Serie A. FOTO Agensi

"Kami berhak ke Liga Juara-Juara begitu juga kedudukan tempat kedua," kata jurulatih Milan Stefano Pioli di mana skuad kendaliannya terlepas peluang terbaik untuk mengesahkan kedudukan lebih awal minggu lalu menentang Cagilari.

"Kami mengharungi keseluruhan kejuaraan di puncak, malangnya kami mempersia-siakan peluang memperoleh mata perlawanan Ahad lalu.

"Saya sangat teruja, gembira, saya harus berterima kasih kepada kelab kerana mereka menyebabkan kami bekerja dengan cara yang menakjubkan."

Atalanta sudah mengesahkan tempat bersaing bagi musim ketiga berturut-turut dalam bola sepak Liga Juara-Juara tapi terlepas tempat kedua penamat Serie A buat pertama kali beberapa hari selepas gagal pada final Coppa Italia kepada Juventus.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 24 Mei 2021 @ 7:08 AM